Ada Petanda Ramalan Nujum Pak Belalang dari Gua Musang Tepat

Ramalan Nujum Pak Belalang dari Gua Musang 3/4 menepati sasaran sewaktu pemimpin kanan dari barisan Top Leader menyangkal dakwaan dan memperlekeh beliau.Yong Teck Lee serta ahli SAPP di Sabah telah menyatakan pendirian mereka tak lagi mempercayai kepimpinan Pak Lah dua hari lepas.Hanya tinggal 1/4 sahaja dari ramalan Tok Nujum tersebut akan melepasi Piawaian yang ditetapkan dan menjadi kenyataan bahawa UMNO dan barisan Nasional akan menerima saat yang paling memedihkan yang akan menjadi sejarah terulung Malaysia.

Walaupun komponen barisan Nasional di Sabah telah menyatakan pendirian menyokong penuh kepimpinan Pak lah sebelum ini tetapi kenyataan mereka tidak lah boleh diharapkan sangat ndiridalam situasi Umno berada dalm kegoyahan yang cukup hebat selepas kenyataan mantan Perdana Menteri membuat kenyataan keluar dari UMNO baru-baru ini.

Sekiranya SAPP pimpinan Yong Teck Lee keluar atau dikeluarkan dari BN walaupun mereka tidak ramai MP,tetapi mereka boleh menyulitkan keadaan yang sudah sedia sulit dalam BN.Pendedahan dan kenyataan Anwar sebelum ini yang dipandang lekeh oleh pelbagai pihak mula mengecutkan urat perut dikalangan pemimpin termasuk bekas PM Tun Mahadhir selepas banyak petunjuk yang menunjukan kearah tersebut.

Dengan pelbagai pihak dalam UMNO menyerang Pak Lah depan dan belakang tak mungkin ia mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menepis serangan demi serangan yang bertalu-talu.Mempromosi Ezam Mohd.Nor secara meluas di media kedalam UMNO juga tidak membantu untuk melenyapkan kewibawaan Datuk Sri Anwar Ibrahim,malah timbul tanda-tanda protes dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO,terutama kenyataan dari Tan Sri Muhyidin Yasin dalam kenyataan media baru-baru ini dimana profil Ezam yang buruk dalam report card UMNO selama ini tidak lah boleh dipandang ringan dan diterima secara automatik kedalam UMNO.

Cabaran dari Khairy terhadap Anwar Ibrahim selepas seratus hari berguru mendalami ilmu persilatan disebuah gua yang tidak diketahui agak mengeciwakan orang tua tersebut,belum sempat sampai ketengah gelanggang sudah tergolek kena penendang Yong Teck Lee dari SAPP.

Protes kepercayaan dari sabah harus diingat bukan sebagaimana protes PBS yang mudah di bendung sewaktu era pemerintahan Mahathir,walaupun Pairin Kitingan membawa keseluruhan ahli-ahli PBS keluar dari komponen Barisan Nasional ia tidak menggugat sedikit pun kedudukan Mahathir ketika itu.

Berbeza dengan Pak Lah kini selepas menerima kekalahan dalam pilihan raya ke dua belas dengan ramainya tokoh-tokoh besar dan ternama dalam komponen Barisan Nasional di Semenanjung tumbang di tangan PR.Ahli-ahli UMNO sendiri telah memporak peranda rumah tangga mereka sendiri tanpa kesudahan dengan mempersalahkan antara satu dengan yang lain.Di tambah keyataan-kenyataan pedas dilemparkan oleh Tun Mahathir di Media dengan memaparkan sebagai Perdana Menteri yang cukup lemah dalam pentadbiran terus memburukan keadaan.

Tindakan Dato Sri Abdullah membiarkan harga beras meledak keparas tertinggi selepas pilihanraya umum yang lalu ditambah kenaikkan harga petrol dan disel keparas tertinggi dalam sejarah meletakkan beliau dibawah senarai sebagai pemimpin yang paling dibenci di kalangan rakyat.

Apakah dalam senario yang terus melanda dalam krisis kepimpinan yang cukup berat dalam UMNO serta Barisan Nasional kini,Pak Lah UMNO dan Barisan Nasional mampu bertahan dan menerajui kerajaan sehingga pilihanraya ke tiga belas yang akan datang atau UMNO akan menjadi satu dari artifak bersejarah yang akan menjadi bahan kajian pelajar di sekolah-sekolah dan unversiti sebagai mana berputih matanya kita terlepas Pulau Batu Putih jatuh ketangan Singapura baru-baru ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: