Nak Jimat Apa:harga petrol yang tertinggi dalam sejarah

Kenaikan harga petrol yang tertinggi dalam sejarah Malaysia mencetuskan keresahan berjuta-juta rakyat dimana dalam masa tak sampai dua minggu sebelum pengumuman harga baru petrol harga beras juga telah mencapai paras tertinggi sejarah 50 tahun selepas merdeka(10 ringgit lebih dari harga biasa untuk 1 bag 10 kilo). Zaman tertinggi dalam sejarah 5 Perdana Menteri Malaysia.Mungkin bagi para menteri dalam kerajaan serta para jutawawan tidak terasa kenaikan ini,tapi bagi kami serta lebih dari 20 juta penduduk Malaysia sangatlah resah dengan apa yang ditakdirkan.Zaman gelap pada kami telah bermula.

Walaupun kerajaan menunjukkan keperihatinan dari kenaikan harga petrol sehampir 3 ringgit satu liter,dengan memberi rebat sebanyak 150 ringgit untuk sebuah motosika kapcai tapi jumlah itu hanya cukup 7 hari keperluan dapur,petrol dan persekolahan 5 orang dari 6 orang anak sahaja.Sedangkan harga petrol akan kekal untuk selama-lamanya sehingga berlaku satu lagi kenaikan harga baru.

Sejak dari harga petrol dinaikan 30 sen harga barang keperluan sudah tidak dapat dibendungkanlagi apa lagi yang dapat di pertahankan setelah harga petrol dinaikan hampir seringgit kini.

Memang sedap kita bercakap “Rakyat perlu berjimat berbelanja,beli mengikut keperluan…”.Apalagi yang dapat dijimatkan kalau kadar gaji sebagai operator kilang sebanyak 18 ke 20 ringgit sehari.Kalau 30 hari kerja penuh tanpa cuti sekali pun tak tercapai 800 ringgit.
Kalau kari tak bersantan kelapa boleh dan masih sedap dimakan,tapi kalau kueh atau bubur kacang tak taruh santan apalah rasanya,anjing pun tak lalu nak telan.Takkan air kapur untuk bancuh simen kita nak jadikan santan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: