Berikan Rakyat Bantuan Ringankan Beban.

Setelah diumumkan lonjakan harga petrol keparas tertinggi baru-baru ini,kita harapkan kerajaan dapatlah membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia dengan memberi pelbagai bantuan berbentuk makanan percuma kepada setiap keluarga di Malaysia dan di sekolah-sekolah juga disediakan makanan percuma untuk keseluruhan pelajar.

Untuk merialisasikan rancangan kebajikan kepada rakyat ini kerajaan boleh menyemak kembali rancangan menbuang berbilion-bilon ringgit untuk Projek Super Koridor dengan menangguh keseluruhan projek tersebut yang tidak memberi banyak keuntungan kepada rakyat terutama orang-orang melayu.

Dalam zaman serba kepayahan ini tentu lah rakyat sangat gembira jika kerajaan dapat membantu mereka dan duit perbelanjaan dapur yang telah dapat diselamatkan ini dapat lah mereka berbelanja kepada perkara lain.Secara tak langsung mereka dapat menjana semula ekonomi negara dengan adanya kuasa beli. Apa kata rakyat Malaysia setuju tak ? Rm 150 rebat tunai petrol yang di berikan hanya cukup untuk menampung keperluan harian selama 7 hari sahaja.

Kalau kerajaan PR boleh memberi air percuma,bantuan pelajaran,turunkan culai-cukai,bantuan kepada ibu bersalin dan paling mengembirakan kerajaan akan menjadi penjamin kepada rakyat yang selama ini tidak mempunyai kelayakkan meminjam dari Bank untuk membeli rumah.Sedangkan seluruh Dunia tahu kerajaan baru ini baru 3 bulan sahaja memerintah,dengan sumber kewangan yang sangat terhad diderakan pula dengan harga minyak yang sangat tinggi mereka mampu untuk menjadi kerajaan yang Mendahului Rakyat Demi Rakyat takkan Kerajaan Malaysia yang menguasai lombong emas dan telaga minyak susah sangat nak membantu.Kita fikirkan bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: