Minyak: Antara Fakta Dan Auta (Lagu Lama Di putar Kembali)

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.

Pertama sekali sila lihat perbandingan harga

minyak malaysia dan negara negara pengeluar

minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM1.92
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda

kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua

negara pengeluar minyak di atas, harga minyak

adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah

alasan mengatakan keluaran minyak kita tak

sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta

tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran

minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu

tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio

pengeluaran minyak antara arab saudi dan

malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga

minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen

sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga

minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia

pada 1.92 sen? Bukankah jauh bezanya?

Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah

penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh

kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter

sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak

kena dalam menguruskan hasil minyak dalam

negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat

jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun

1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10

sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan

harga minyak selama lapan tahun sedangkan

harga minyak dunia naik mendadak ketika perang

teluk di Iraq?Pada masa yang sama juga

pembangunan dan projek projek banyak juga

dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan

harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri

alasan untuk naikan harga minyak supaya duit

tersebut dapat tampung projek pembangunan.

Masalah sekarang projek pembangunan untuk

faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat

orang yang dapat

Faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan

mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional

bersungguh sungguh untuk mengurangkan subsidi

minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di

naikkan dengan segera ianya akan mengganggu

peruntukan kerajaan bagi membangunkan

koridor-koridor di seluruh negara yang

bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak

perlu di naikkan kerana harga minyak dunia

telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah

global. Jadi yang kita kita fakir ialah kenapa

nak risau tentang harga minyak dunia yang

melambung naik kerana sepatutnya sebagai

negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya

gembira kerana bila harga minyak dunia naik,

pendapatan Petronas jadi berlipat ganda. Jadi

apa masalahnya?Walaupun malaysia ada

mengimport minyak dari luar untuk kegunaan

tempatan, tapi bila dah net off dari

pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bangkrap kalau turunkan

harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di

bawah:-

Peruntukkan untuk projek mega:-

Koridor Utara : RM17.5 B
Koridor Timur : RM112 B
Wilayah Iskandar : RM47 B
Koridor Sabah : RM105 B
Koridor Serawak : RM107 B

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan

projek di atas, sudah tentulah kerajaan

mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan

sanggup membelanjakan ratusan billion untuk

projek pembangunan seperti di atas yang hanya

boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat

sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion

setahun pun tak mampu? Mana yang lebih

penting? Mana yang perlu di utamakan?

Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang

ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus,

tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah

cakap lain pulak.So kalau Dato Najib kata

turunkan harga minyak akan buat negara

bangkrap,bagaimana projek ratusan billion di

atas? Tak bankrup kah negara dengan projek

ratusan billion tersebut? Perlu di ingat

bahawa di samping pendapatan hasil petroleum,

negara juga mempunyai hasil dari sumber lain

seperti getah, sawit, kepelbagaian cukai,

balak dan lain-lain. Pendapatan tahunan negara

kalau di ambil kira harga minyak yang

melambung naik bakal mencecah 200 billion

setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke

nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi

pada rakyat?

Kepada pengundi pengundi semua tepuk KEPALA

tanya AKAL!.

Ni korang compare ngan Turkmenistan.
Oil – production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP – per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
https://www. cia.gov/library/ publicat.

..s/tx.html# Econ

Malaysiapunya
Oil – production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP – per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
https://www. cia.gov/library/ publicat.

..s/my.html# Econ

ORG BN TAK YAH MENGELUH – KALAU HARGA MINYAK

NAIK!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter

MALAYSIA– RM2.70/liter

PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.

Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 litre maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!

KESIMPULAN MINYAK MALAYSIA (RM 2.70 per liter) TERSANGAT MAHAL BERBANDING MINYAK VENEZUELA (RM 0.16370742 atau RM 0.16 jika dibundarkan)!

Perbandingan statistik di atas adalah berdasarkan maklumat semasa pada hari ini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: