Beras oh beras ngape lah kau tiba-tiba jadi mahal ?

Bila harga beras mencanak-canak naik,terasa macam nak berhenti makan nasi pulak tapi nak telan roti memanjang pun tak tertolak tekak ni.Nak boikot beli beras siapa nak peduli,Taukeh beras pun tau berapa tinggi harga beras pun gerenti laku punya.Bukan ada pilihan.Mau tak tak mau pun kena belilah juga walau apa cara sekalipun.Nak tanam padi sendiri pun tanah sekangkang kera pun tak ada, rumah flat mana ada tanah,lantai konkrit adala.
Doa hanya dengan satu harapan mudah-mudahan turunlah harga beras satu hari kelak.Terasa seksanya dengan harga sekarang ini.Rm 10 ringgit kenaikkan bukanlah sikit satu kilo ikan kembung hilang di telan taukeh beras. “Petrol dan TOL pun tak naik sampai 10 ringgit dalam masa sebulan”.Pada hal petrol dalam perut bumi bukan bertambah selepas di sedut keluar.Tapi rasanya harapan tinggal harapan lah sahaja,mana ada dalam sejarah barang makanan kalau dah naik boleh turun melainkan air hujan sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: