Dap bukan anti, cuma tak reti islam ,lainlah kalau Islam Hadari semua tak apa..

Sikap Dap agak kurang menyenangkan terhadap PAS dah sebati sejak dulu lagi.Tak hairan kenyataan-kenyataan Lim KIt Siang dan Karpal selalu terpampang di muka depan akhbar -akhbar harian terutama akhbar berbahasa Melayu.Ameno BN pun biasalah jadi tukang kompang,lepas tu tambah kan sikit penyedap rasa.Saya tak salah kan Lim kit Siang atau Karpal Singh,kerana mereka bukan orang Islam dan tak tau apa-apa pun tentang kebaikkan Islam,walaupun mereka boleh nampak contoh teladan kepimpinan seperti Tuan Guru Dato’ Nik Aziz.

Sebabnya mudah saja.
Walau dalam bentuk apa saja kebaikkan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan Ameno lah yang akan kedepan mempertikaikan terlebih dulu.Apa label yang Ameno tak tak bagi dekat Nik Aziz ?,Pelampau Agama,ekstremis,ini bukan dari ajaran islam dan berbagai-bagai lagi.Tak ke mengelirukan,jangan kata Kit Siang, melayu yang pergi Mekah 4,5 kali,Quran setiap Ramadhan khatam pun kata “Islam tak ajar macam tu”.Ini kita kena akui tengok Dr. Mashitah Ibrahim punya fatwa,banyak video dia,”…hari ini curi kita potong tangan dia,esok curi potong tangan kiri dia,lusa dia curi potong kaki dia pulak.Lama-lama tak ada apa dah nak potong,Islam tak buat lagu ni….”.Hei..Sitah hang belajak agama kat mana?.Tuan Guru Datuk Dol Ulamak Hadhari tu ka? Pemimpin contoh Kerajaan Islam Hadhari Se Malaysia.

Inilah orang yang telah mengelirukan bukan saja Lim Kit Siang dan Karpal Singh bahkan hampir 2 juta Ahli Ameno termasuk Sabah dan Sarawak.Yang bergelar haji mau pun siak.
Tengoklah program-program Agama di tv,Ustaz-ustaz dan ustazah yang bercakap kalau ada pertanyaan yang berkaitan jenayah dalam Islam,riba,judi,dan lain-lain.Berpusing-pusing jawapannya,bukan saja yang mendengar jadi keliru yang menjawabya pun bercelaru.
Program drama d tv pun sama juga.Kalau drama berkisar kehidupan keluarga yang mengamal kehidupan islam.Sudah tentu berkisar kepada kehidupan negatif.Sipelakun akan membawa peranan penghayatan hidup secara ekstrimis,berbini banyak,anak-anak meninggikan suara kepada orang tuanya dan berbagai-bagai lagi.

Oleh itu perjalanan kita masih terlalu jauh lagi,keutuhan kita belum sekukuh mana pun,jadi jangan kita cuba mengeruhkan keadaan sedia ada musuh menunggu peluang terbuka.Berikan lah masa,Lim Kit Siang Karpal bukan muda,hayatnya bukan lama.Genarasi muda lebih bersedia,buat apa kita rugikan bangsa dan agama.Bersengketa
sepanjang masa,rakyat melihat kita tak buat kerja.Menyesal kemudian memang tak berguna.
_____________________________________________________________________________________

http://saifulislam.com/?p=1573
“Tak menyesal ke undi DAP?”, tanya kawan saya.

“Tidak”, saya tidak teragak-agak menjawabnya.

Jika DAP tidak diundi, PAS atau PKR tidak akan mencapai jumlah kerusi yang mencukupkan mereka untuk menumbangkan BN. PAS atau PKR untuk bergerak atas kapasiti masing-masing di dalam Dewan Undangan Negeri yang masih diterajui oleh BN tidak memberi apa-apa makna yang besar.

“Mengapa tidak undi BN sahaja?”, tanya rakan saya lagi.

“11 penggal BN memerintah, mahu tambahan 5 tahun lagi? Udah-udah le”, saya menjawab.

JENAYAH UMNO-BN

Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim dan hero-hero pembelanya, jawablah soalan ini…

Siapakah yang menyekat kewangan pusat kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik? BN, UMNO.

Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,, UMNO, Gerakan…

Kita kehilangan segala-galanya di bawah Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa harus ada kepercayaan bahawa BN masih relevan sebagai tempat meletak harapan? Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa, semakin mereka lupa. Usahkan mahu membantu mengatasi kemiskinan Cina dan India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia.

Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat. Untuk menamatkannya, hanya strategi 1 lawan 1 sahaja yang mampu menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN berdepan dengan DAP, maka DAP itulah yang perlu dipilih.

Tidak mengundi adalah keputus asaan.

Mengundi BN adalah suatu kebodohan.

Maka DAP adalah pilihan yang tinggal untuk menundukkan keangkuhan BN.

Lainlah kalau Melayu mahu belajar mendengar dan memahami tentang PAS. Namun apa yang berlaku, sebut sahaja PAS, jika tidak jebik, gamlah yang dipalit. Apabila hak orang Melayu terusik, tiba-tiba pula BN mahu menampilkan diri menjadi juara membela bangsa.

PAS GABUNG DENGAN BN?

“Kenapa tidak PAS Perak bergabung sahaja dengan BN?”, tanya sahabat yang seorang lagi. Banyak benar sembang politik sehari dua ini.

“PAS sudah pun bergabung dengan BN pada tahun 1972. Alasan pun tidak banyak beza. Mahu menyelamatkan politik Melayu Muslim, ekoran peristiwa 1969. Tetapi apa yang berlaku kepada PAS?”, saya cuba memanggil kembali ingatan kepada sejarah.

“Apa yang berlaku?”, tanya kawan saya lagi.

“UMNO menipu PAS. Setelah kuat, mereka kembali angkuh. PAS disekat daripada berkembang. MB Kelantan mahu dilantik oleh Kerajaan Pusat biar pun PAS memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya di Kelantan. Akhirnya PAS yang tertekan, kehilangan sokongan dan Kelantan jatuh ke tangan BN hasil pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1978″, itu kata sejarah.

“Yang angkuh suka bermusuh”, ulas teman saya tadi.

“Haa.. tahu pun”, saya menambah.

“Tetapi DAP pun nampaknya angkuh!”, kata teman saya.

“Menarik!”, saya bersetuju.

Di Perak, masalah yang dihadapi oleh DAP bukannya PAS atau PKR atau Barisan Nasional. Tetapi masalah DAP ialah Undang-undang Tubuh Negeri, dan Sultan selaku pemerintah tertinggi Negeri. Ujian pertama bagi DAP ialah sejauh mana mereka mampu bergerak mengikut lunas undang-undang. Play with the rule.

Undang-undang Tubuh Negeri itu, atau Dasar Ekonomi Baru, atau apa sahaja peruntukan yang dianggap bersalahan dengan prinsip keadilan yang diterjemahkan oleh DAP, haruslah dilihat kembali di dalam konteks sejarah. Kesemua peruntukan yang dianggap menghalang itu, muncul sebagai reaksi kepada kegagalan kaum Cina pada tahun 1969 mengendalikan kemenangan mereka.

Kemenangan mana-mana parti yang bertanding, adalah amanah untuk mentadbir masyarakat secara menyeluruh. Tetapi kemenangan besar-besaran pada masa itu, diterjemahkan sebagai kejayaan satu kaum ke atas satu kaum yang lain. Mereka pada tahun 1969 telah gagal menunjukkan keikhlasan mereka untuk berlaku adil kepada kaum yang menang dan kaum yang kalah.

Sejauh manakah benarnya penafsiran saya terhadap insiden 13 Mei 1969 itu? Ia tidak penting kerana itulah persepsi yang membelenggu orang Melayu hingga ke hari ini. UMNO pula suka memperalatkan peristiwa itu untuk menjadi modal divide and rule mereka. Takutkan orang Melayu dengan 13 Mei 1969 agar dalam ketakutan itu, mereka terpaksa memilih yang SATU itu. Biar sejahat mana sekali pun yang SATU itu.

MEMENANGI HATI RAKYAT

DAP seharusnya berusaha untuk membina keyakinan rakyat yang bakal ditadbirnya bahawa mereka itu people oriented, dan bukannya party oriented. Mereka harus memenangi hati pengundi yang telah mengundi mereka. Sebagaimana ramai kaum Cina dan India mengundi PAS dan PKR, DAP juga harus sedar bahawa generasi Melayu 2008 ramai yang terbuka untuk mengundi mereka, dengan kepercayaan bahawa DAP sudah 39 tahun lebih dewasa dari 1969.

Apakah DAP tidak terfikir, bahawa sikap mereka di Pulau Pinang yang tergesa-gesa menghapuskan DEB, mempengaruhi pula imej mereka di Perak? Apakah DEB itu yang menjadi masalah teragung di Pulau Pinang hingga tanpa menanti 24 jam, itu yang segera dicanangkan? Tiadakah sebarang usaha untuk membina imej yang boleh dipercayai oleh rakyat berbilang kaum di Pulau Pinang dan Perak?

ORGANISASI HARUS BELAJAR

Mana-mana sahaja organisasi sama ada organisasi politik atau perniagaan, kunci kepada keupayaannya untuk bertahan dan berkembang ialah dengan adanya proses learning and growth. Jika ada usaha untuk belajar, maka barulah kematangan itu datang dan organisasi akan berkembang. Itu asasnya.

Lihat kepada PAS.

Sejarah PAS yang panjang telah melihat bagaimana idea politik Islam PAS berkembang dari satu tahap ke satu tahap. Prinsip Islam yang dipegang oleh PAS memberikan kepadanya konsistensi dan keterbukaan untuk mencuba pelbagai pendekatan selagi mana ia boleh dijustifikasikan oleh agama.

Keterbukaan PAS, membolehkan mereka bersepakat dengan UMNO pada tahun 1972. Suatu percubaan yang amat berharga. Namun prinsip yang dipegang oleh PAS menjadikannya konsisten dengan perjuangan, lantas PAS mengambil tindakan keluar meninggalkan Barisan Nasional selepas pengkhianatan BN mengorbankan Kelantan pada tahun 1978.

Keterbukaan PAS itu jugalah membuka ruang untuk PAS mencuba pendekatan yang paling kontroversi pada pilihanraya tahun 1999 apabila PAS mengambil langkah drastik bekerjasama dengan DAP. Segala isu era penggarisan Islam dan Jahiliyyah di sepanjang tahun 80an dan 90an diuzurkan dengan keterbukaan PAS untuk memfokuskan kepada satu matlamat yang dikongsi bersama, iaitu menentang kezaliman BN. Tindakan PAS itu bukan sahaja bermanfaat untuk negara buat seketika, malah ia menjadi pelajaran yang amat berharga buat gerakan-gerakan Islam sedunia yang mahu belajar dari pengalaman PAS yang susah dan payah itu.

Apabila berada di posisi kuasa, PAS terpaksa menerima hakikat yang DAP tidak dapat mencari titik temu kepada pertembungan ideologi mereka, lantas DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2001. Ia bukan hanya menjadi isu DAP, malah PAS sendiri terus belajar dan mengkaji.

Islamism, terma yang diguna pakai oleh penulis Barat untuk merujuk kepada ideologi politik Islam, telah melalui fasa yang pelbagai. Pengalaman FIS di Algeria, Ikhwan di Mesir, begitu juga dengan Refah hingga ke Saadet dan AKP di Turki, memperlihatkan betapa dinamiknya Islam yang menjadi teras perjuangan parti politik Islam ini.

Apakah DAP sebagai sebuah parti yang bercita-cita untuk berkuasa di sebuah negara majmuk ini mengkaji dan peduli kepada perkembangan idea Islamism? Apakah DAP belajar tentang asas dinamiknya AKP Turki hingga berjaya memenuhi segala ketetapan Kesatuan Eropah dalam soal demokrasi dan hak asasi manusia, tanpa tercabut akar Islam mereka?

Saya lihat, hanya dua kelompok sahaja yang gagal belajar iaitu golongan sekularis pelampau di Turki, dan hari ini Lim Kit Siang membuktikannya di Perak.

Beliau gagal membaca perubahan besar yang berlaku di dalam PAS. Beliau gagal melihat betapa banjiran golongan profesional dan ulama kontemporari yang mewarnai rentak semasa PAS, telah membawa PAS ke suatu tahap yang amat baru tetapi semakin menepati realiti Malaysia. Jika PAS sudah belajar dan membesar dewasa, apakah Lim Kit Siang mahu membuktikan sebaliknya untuk DAP?

SIFIR TIDAK PERNAH BERUBAH

Jika Lim Kit Siang dan DAP membawa sikap yang sama seperti BN, pada keangkuhan dan self centered yang pekat itu, sifir yang menimpa BN tidak akan pergi jauh dari DAP.

Tuhan akan menghukum DAP dengan kuasa rakyat yang lebih cintakan tanah air ini daripada politik kepartian yang sempit tanpa rasional.

Blog Lim Kit Siang yang memaparkan pendiriannya untuk memboikot Majlis Mengangkat Sumpah 13 Mac 2008, telah dibantah oleh majoriti pemberi komen yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong DAP sendiri. Ia sudah menjadi suatu permulaan yang tidak baik.

Kegagalan DAP tidak berpunca dari PAS, PKR, Undang-undang Tubuh Negeri, hatta Sultan dan DEB. Tetapi ia berpunca dari kegagalan DAP sendiri. Kegagalannya untuk berkomunasi secara baik dengan realiti Malaysia yang jauh dari intepretasi sempit yang masih dipertahankan.

ISLAM ITU TINGGI

Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman” (Aal Imraan 3 : 136)

PAS sebagai parti yang merujuk prinsip dan moralnya kepada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW tidak harus menari dengan rentak perkauman atau kepartian yang sedang diserulingkan oleh DAP dan BN. Islam yang dijunjung itu haruslah menjadikan PAS sebagai pemenang sebenar.

Bukan kerana MB dilantik daripada PAS, tetapi kerana ketinggian moral dan keterbukaannya untuk bersahabat dengan lawan, dan bertenang dalam kegelisahan.

Lihatlah DAP sebagai mad’u yang perlu didampingi. Mungkin kerana sentimen 1999 dan 2001 mereka telah gagal mendekati dan memahami perkembangan yang berlaku di dalam PAS. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk membuktikan bahawa PAS sudah jauh berkembang meninggalkan persepsi lama semua pihak.

PAS semakin bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang komited dengan keadilan.

Dan kerana itu, dalam kemelut sehari dua ini, BN harus tutup mulut dan banyakkan muhasabah diri.

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: