Kerosakkan Getah Punca Sink Bocor

Banyak perkara yang boleh dilakukan sendiri untuk menjimatkan perbelanjaaan lebih-lebih lagi hari ini segalanya memerlukan wang untuk mendapatkan apa sahaja bentuk perkhidmatan yang diperlukan dari perkara yang mudah hinggalah yang sukar untuk dilakukan sendiri.

Sebagai permulaan dalam blog ini saya akan memberi sedikit tip-tip yang mungkin berguna kepada pembaca untuk mencuba  baiki sendiri kerosakkan kecil yang mampu dilakukan sendiri (D.I.Y.),tanpa perlukan memanggil tukang yang berkaitan untuk membaiki kerosakkan tersebut.

Kebocoran dibawah sinki pinggan mangkuk.

Peralatan diperlukan adalah Pipe wrench,pemutar skru (skru driver), white tape , Sinki waste 11/2 inch atau 11/4 inch mengikut kesesuaian jenis sinki.

Adalah menjadi kebiasaan berlaku kerosakkan di bawah sinki mencuci apabila usia sinki tersebut dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun, bila getah penahan bocor telah menjadi keras dan sekiranya dibiarkan berlarutan akan menyebabkan air didalam sinki tersebut akan melimpah diatas lantai dapur rumah dan berbau busuk .

Tukar waste sinki tersebut yang boleh didapati di kedai “Hardware ” (Kedai menjual bahan binaan) atau di supermarket di jual dengan harga Rm 3 atau 5 bergantung lokasi kedai .

Langkah pertama:

1. Buka skru terletak di tengah-tengah lubang sinki anda dengan skru driver yang sesuai,jika terlalu ketat bermakna skru tersebut telah berkarat .Spray dengan WD40 biarkan 2-3 minit kemudian.

2. Setelah skru dikeluarkan pusingkan waste  di bawah sinki lawan jam sehingga terkeluar dari socket pvc . Sesetengah kes kena gunakan pipe wrench untuk membuka jika terlalu ketat.

3. Gantikan waste yang baru dan pastikan gelendung getah penahan bocor tersebut telah dipasang di atas tapak waste tersebut, dan masukkan waste tersebut dibawah sinki dengan menarik sedikit pvc paip saluran air ke bawah untuk memudahkan memasukkan waste tersebut dan putarkan waste arah jam kedalam socket pvc secukupnya.

4. Masukkan skru pengikat waste serta piring berlubang di tengah sinki dan putarkan sehingga ketat menggunakan skru driver .

5.  Buka paip air  dan periksa semula dibawah sinki tersebut sama ada masih ada kebocoran atau tidak. Selamat mencuba !!

6. Jika masih berlaku kebocoran kemungkinan getah penahan bocor tidak dipasang dengan betul, atau bibir lubang sinki tersebut bengkuk atau rosak . Jika anda  masih tidak berjaya anda boleh berhubung dengan saya di Tel: 012 3614647 untuk mendapatkan nasihat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: